Solat Duha

Assalamualaikum. Hari ini saya mahu menceritakan tentang solat Duha. Allah SWT maha Pemurah lagi Maha Penyanyang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak mencipta makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah Yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.

Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Duha. Terdapat nas-nas hadi Nabi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Duha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

BAHASA
Duha adalah matahari atau cahaya matahari. Ada pendapat yang menyatakan ia adalah cahaya matahari yang sampi ke bumi. Atau apa sahaja yang terkena cahaya matahari dinamakan Duha.

SYARAK
Solat sunat Duha ialah solat yang dilakukan pada waktu matahri baru terbit.

Bilangan RAKAAT
Sekurang-kurangnya solat Duha itu ialah dua rakaat, dan boleh dilakukan empat, atau enam rakaat. Tetapi solat Duha yang paling banyak dan sempurna ialah lapan rakaat.

WAKTU SOLAT SUNAT DUHA
Waktu solat Duha bermula daripada terbitnya matahari kadar segalah (7 hasta) dengan sempurna hingga ia tergelincir.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DUHA
  • Tidak termasuk dalam golongan lalai.
  • Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan.
  • Diperkenankan doa selepas solat sunat Duha.
  • Dimurahkan rezeki.
  • Depelihara Allah SWT.
  • Dosa dihapuskan.
Sampai sini sahaja saya kemas kini blog saya tentang solat sunat Duha. Jika ingin tahu lebih mendalam tentang solat sunat Duha dan solat sunat yang lain-lain, miliki sekarang Ensiklopedia Solat. InsyaAllah saya akan kemas kini lagi blog saya pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Perkara-Perkara Makruh ketika Solat

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin mencerita secara ringkas tentang perkara-perkara makruh ketika solat. Seperti yang kita tahu, solat adalah tiang agama. Maka, setiap manusia yang beragama Islam harus mendirikan solat. Tetapi ada juga perkara-perkara makruh ketika solat. Mungkin kita pernah buat perkara-perkara sebegini, tetapi kita hanya memandang ringan sahaja terhadap perkara-perkara makruh ketika solat yang sering kita lakukan.

Istilah
Perkara yang dilakukan dalam solat tidak membatalkan solat tetapi ia tidak disukai. Meninggalkan perbuatan-perbuatan ini adalah digalakkan dan mendapat pahala.

Antara perkara-perkara makruh dalam solat ialah ; 

1. Memalingkan muka ketika solat, melainkan kerana keperluan.

Larangan ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam dua riwayat berikut:
Diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah Azzawajalla sentiasa mengadap hamba-Nya ketika dia bersolat dan tidak akan berpaling. Jika dia berpaling Allah juga akan berpaling daripadaNya."
(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, kitab Solat: Bab berpaling dalam solat)

Aishah r.ha. meriwayatkan bahawa dia pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hakikat berpaling, jawab Baginda:
"Ia adalah satu bentuk kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solah seorang hamba"
(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Azan: Bab berpaling dalam solat)

2. Memandang ke langit

Menurut Syafi'i perbuatan ini makruh dan tidak membatalkan solat melainkan sekiranya dilakukan tida kali berturut-turut.

3. Meletakkan kedua-dua lengan di atas lantai ketika sujud

Makruh metakkan lengan sehingga rapat dengan lantai sebagaimana anjing meletakkan kakinya ketika duduk. Sebaliknya lengan diangkat dan dijarakkan daripada rusuk untuk lelaki, dan merapatkannya ke rusuk bagi perempuan.

4. Memandang ke arah sesuatu yang melalaikannya daripada solat

Jangan menggunakan sejadah, pakaian atau tirai yang mempunyai motif corak yang pelbagai dan berwarna-warni ketika solat, kerana ia boleh menyababkan orang yang bersolat terpesona dengannya hingga menyebabkan terpesong tumpuannya kepada solatnya,

5. Bercekak pinggang atau berpeluk tubuh

Rasulullah SAW melarang orang bersolat sambil bercekak pinggang atau meletakkan tangannya di pinggang. Aisyah r.ha. juga menyatakan dia tidak suka meletakkan tangannya di pinggang, kerana ia adalah perbuatan orang yahudi.

6. Solat ketika makanan telah dihidangkan

Kelaparan adalah antara faktor seseorang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang dilakukannya, Melakukan solat dalam keadaan lapar menyebabkan seseorang itu gagal memberikan tumpuan yang penuh terhadapt solatnya.

7. Solat dalam keadaan menahan air kecil dan air besar

Makruh seseorang yang hendak membuang air kecil dan air besar menahannya untuk bersolat terlebih dahulu. Ini kerana perbuatan tersebut menyebabkannya melakukan solat dengan tergesa-gesa dan tidak khusyuk.

8. Solat dalam keadaan terlalu mengantuk

Makruh orang yang terlalu mengantuk menunaikan solat sama ada fardu atau sunat kerana perasaan mengantuk ini menyebabkan dia tidak khusyuk dan tidak cergas. Tetapi sekiranya seseorang itu terlalu mengantuk sehinggan tidak dapat memastikan atau mengingati bacaan dan rukun-rukun solat, batal solatnya. Dan perbuatan ini jika disengajakan, hukumnya HARAM.

Sampai sini sahaja cerita saya. Banyak lagi perkara-perkara makruh dalam solat yang belum saya rungkaikan. Jadi, jika ingin mengetahuinya, dapatkan Ensiklopedia Solat sekarang. Banyak kebaikan dan manfaat yang kita akan perolehi jika kita membaca Ensiklopedia Solat ini. InsyaAllah saya akan update lagi tajuk-tajuk yang ada dalam Ensiklopedia Solat dalam blog saya pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Abai Solat

Assalamualaikum. Hari ini saya nak cerita secara ringkas tentang tajuk abai solat.

SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. Bererti sesiapa yang mendirikan solat, seolah-olah dia telah mendirikan agamanya, dan sesiapa yang meninggalkannya, seumpama dia telah meruntuhkan agama yang dipegangnya sendiri.

MENINGGALKAN SOLAT
Malangnya dewasa ini, dapat diperhatikan betapa masyarakat Islam terlalu cuai dalam urusan solat dan terlalu meremehkannya. Solat sering dilakukan pada akhir waktu dan kadangkala meninggalkannya. Lebih parah apabila sudah ada sebahagian masyarakat yang meninggalkan solat sepenuhnya, seolah-olah ia tidak pernah diwajibkan. Dan dalam masa yang sama mereka masih menggelar diri mereka muslim.

HUKUM SOLAT
Seluruh Muslim bersepakat bahawa solat adalah satu kewajipan ke atas setiap orang Islam yang baligh, berakal, dan suci.

HUKUM ABAI SOLAT KERANA MALAS

Pendapat Pertama
Orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan terkeluar daripada islam. Ia dihukum BUNUH sekiranya TIDAK BERTAUBAT. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Pendapat Kedua
Orang yang meninggalkan solah adalah fasiq, tetapi tidak kufur, menurut Abu Hanifah, Malik dan al-Syafi'i. Tetapi mereka berbeza pendapat dalam hukum kepada golongan ini. Malik dan al-Syafi'i menyatakan ia dihukum hudud BUNUH jika TIDAK BERTAUBAT. Sementara Abu Hanifah menyatakan ia hendaklah ditakzirkan, tidak dibunuh.

Orang yang tidak solat akan diseksa dengan 15 seksaan; enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga seksaan tatkala hendak mati, tiga seksaan ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi di hari kiamat.

Jika mahu tahu lebih lanjut, miliki Ensiklopedia Solat sekarang. Begitu banyak info yang berguna yang boleh kita perolehi dalam Ensiklopedia Solat. Sampai sini saja saya update. InsyaAllah saya akan update lagi tajuk-tajuk yang ada dalam Ensiklopedia Solat ini di blog saya, Assalamualaikum.

Batal Solat

Assalamualaikum. Hari ni saya nak cerita tentang perkara yang membatal solat.

Pengenalan.
Solat adalah ibadat yang merangkumi perbuatan dan bacaan yang khusus. Ia wajib dilakukan dengan memenuhi semua syarat dan rukunnya untuk menjadikannya sebagai ibadat yang sah dan diterima Allah.

Perkara-perkara yang membatalkan solat menurut Mazhab Syafi'i.
  • Berlaku hadas kecil.
  • Berlaku hadas besar.
  • Makan dan minum.
  • Gerakan sebanyak 3 kali dan ke atas secara berturut-turut, dan gerakan tersebut bukan daripada perbuatan solat (anggota besar).
  • Ketawa dengan kuat.
  • Murtad.
  • Menjadi gila.
  • Berpaling daripada kiblat.
  • Membiarkan aurat terbuka.
Sampai sini saja cerita saya. Banyak lagi perkara-perkara yang membatalkan solat yang ada dalam buku tetapi saya tidak update di sini. Jika mahu tahu lebih lanjut, miliki sekarang Ensiklopedia Solat. InsyaAllah buku ini memberi banyak manfaat kepada anda semua. Assalamualaikum.

Aurat

Assalamualaikum. Saya hari ini nak cerita secara ringkas tentang aurat. Terlanjur baca Ensiklopedia Solat tadi, terus rasa nak update dekat blog tentang apa yang saya baca tadi. Islam adalah agama yang memelihara penganutnya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Selaras itu, Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Seperti yang kita maklum, aurat sangat di titik beratkan dalam islam. Tetapi sejauh mana kita faham tentang aurat? Adakah kita sudah menutup aurat atau masih terfikir-fikir hendak menutup aurat atau tidak. Malangnya, kewajipan aurat kini dijadikan isu kontroversi untuk mengaitkan Islam dengan penindasan terhadap wanita. Terpengaruh dengan sentimen feminis yang dipelopori wanita Barat, sebahagian wanita Islam cuba menafikan kewajipan ini dengan alasan membela kebebasan individualiti wanita. Ekoran itu, kita dapat melihat kebobrokan masyarakat islam apabila arahan aurat Allah dipertikaikan dan tidak dipedulikan.

Hukum menutup aurat adalah WAJIB. Jadi tidak ada alasan jika kita tidak mahu menutup aurat. Seperti yang kita tahu, lelaki dan wanita mempunyai had aurat masing-masing.

Aurat lelaki.
Aurat lelaki tidaklah banyak jika hendak dibandingkan dengan wanita. Cuma di antara pusat dan lutut dan dua kemaluannya. Tetapi ada juga yang susah dan banyak alasan hendak menutupnya.

Aurat wanita.
Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi jika bersama Muslimat dan lelaki yang mahram (haram dikahwini), auratnya diantara pusat dan lutut. Ada juga wanita yang menutup aurat kerana trend. Ini yang menjadi permasalahan sekarang kerana setiap manusia perlu menutup aurat hanya kerana Allah S.W.T. Ada juga wanita yang menutup aurat tetapi menampakkan bentuk badan, dada, leher dan sebagainya. Ini salah kerana aurat bukan sekadar memakai tudung, baju lengan panjang, stocking tetapi cara pemakaian juga harus di titik berat. Jika kita mahu menutup aurat dengan sempurna, kita harus memakai pakaian yang sopan, baju hendaklah tidak terlalu ketat, tudung hendaklah labuh sehingga menutup leher dan dada, memakai penutup kaki (stocking) ataupun kasut, dan pemakaian sarung tangan amat digalakkan.

Sampai sini saja cerita saya. Jika hendak tahu lebih lanjut tentang aurat, miliki Ensiklopedia Solat. InsyaAllah, saya akan update lagi fakta-fakta yang ada dalam Ensiklopedia Solat dalam blog saya. Sekian, Assalamualaikum.